Bangunan Parlimen Malaysia - Keadaan Semasa
control 1control 2control 3
 
Memandangkan usia Bangunan Parlimen Malaysia sudah mencecah 50 tahun, kerja-kerja baikpulih dan menaiktaraf Bangunan Parlimen telah mula dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK-10) secara berfasa dengan peruntukan sebanyak RM520 juta. Tujuan pelaksanaan projek pembangunan ini adalah bagi memastikan jangka hayat bangunan tersebut dapat ditingkatkan untuk faedah generasi akan datang.
 
FASA 1A
 
Fasa Pertama telah dimulakan pada tahun 2011 di mana Dewan Serbaguna telah diubahsuai menjadi Blok Dewan bagi menempatkan Dewan Persidangan untuk Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Kerja-kerja ubahsuai ini dilaksanakan dalam tempoh lima bulan (28 Mac 2011 hingga 5 September 2011) dengan kos keseluruhan RM31 juta. Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Kedua Belas merupakan persidangan pertama di Blok Dewan ini yang telah diadakan pada 3 Oktober 2011.
 
 
 

Dewan Serbaguna Asal

 
 

Blok Dewan ( Dewan Serbaguna Yang Telah Diubahsuai Dan Dinaiktaraf)

FASA 2A
 
Pada tanggal 1 Mac 2012, Kerja-kerja Pembaikan Panel Fasad dan Bumbung Pinnacle, Bangunan Parlimen Malaysia pula telah dilaksanakan di bawah Fasa 2A dan telah siap sepenuhnya pada 26 September 2013. Kos keseluruhan projek adalah RM15.5 juta. Kerja tersebut disiapkan dalam tempoh 19 bulan dan Majlis Penyerahan Projek tersebut telah diadakan pada 11 November 2013 di Parlimen Malaysia oleh pihak Jabatan Kerja Raya kepada Parlimen Malaysia. 
 
Projek Fasa 2A melibatkan kerja-kerja pembaikan panel fasad Blok Utama dan Blok Menara yang mempunyai rekabentuk kulit nenas yang diperbuat daripada terazo berukuran 11 kaki tinggi dan 40 inci lebar, bumbung pinnacle luar dan dalam di Blok Utama serta kerja-kerja lain yang berkaitan dengan kerja-kerja tersebut.
Pada tanggal 1 Mac 2012, kerja-kerja pembaikan Panel Fasad dan Bumbung Pinnacle, Bangunan Parlimen Malaysia telah dilaksanakan di bawah Fasa 2A dan dijangka siap pada 29 Mei 2013.

Keadaan Blok Menara setelah kerja-kerja pembaikan panel fasad selesai.
Bangunan Parlimen setelah kerja-kerja pembaikan panel fasad dan pinnacle siap dilaksanakan.
Bangunan Parlimen pada waktu malam setelah projek fasa 2A siap dilaksanakan.
Majlis Penyerahan Projek oleh Ybhg. Ir. Cheong Pui Keng, Pengarah JKR W.P.K.Lumpur (Gambar kiri) kepada Ybhg. Dato’ Lamien bin Sawiyo,  Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia (Gambar Kanan) pada 11 November 2013.
Berikut adalah gambar-gambar semasa kerja-kerja pembaikan pinnacle dilaksanakan.
 
 
 

Perancah setinggi 36 meter telah dipasang di luar kawasan bumbung pinnacle. Kerja-kerja yang terlibat di kawasan tersebut adalah pembaikan struktur konkrit dan sistem kalis air di luaran bumbung pinnacle.

 
 

Perancah setinggi 42 meter telah dipasang di dalam Dewan Rakyat di Blok Utama. Kerja-kerja yang terlibat di kawasan tersebut adalah pembaikan struktur konkrit dan sistem akustik di bahagian dalaman bumbung tersebut.

 
FASA 2B
 
Bagi fasa seterusnya pula adalah projek  Fasa 2B iaitu Cadangan Kerja-kerja Membaikpulih dan Menaiktaraf Bangunan Parlimen Malaysia. Projek ini melibatkan bahagian dalam Blok Utama, Dataran Parlimen dan kawasan persekitarannya. Skop kerja lebih menjurus kepada kerja-kerja baikpulih struktur,  menaiktaraf Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menaiktaraf infrastruktur dan peralatan bagi sistem mekanikal, sistem elektrikal dan teknologi maklumat serta kerja-kerja lain yang terlibat dengan skop baikpulih Blok Utama. 
 
Projek fasa 2B ini sedang dalam peringkat perolehan oleh JKR dan kerja-kerja pembinaan dijangka dimulakan pada bulan Mac 2014. Kos Siling projek ini adalah RM185 juta dan anggaran tempoh perlaksanaan projek adalah selama 30 bulan.

Sebuah pejabat sementara telah siap dibina dalam skop projek fasa 2B bagi menempatkan pejabat-pejabat dan kakitangan yang dipindahkan dari Blok Utama semasa kerja pembinaan dijalankan. Antara pejabat yang terlibat dalam perpindahan adalah Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan semua Pejabat Timbalan Yang Dipertua, Pusat Sumber, Pejabat Penyelidik, Pejabat Keselamatan, Pejabat Bahagian Urus Bangunan dan Lanskap serta semua staf yang berada dalam Blok Utama. Proses perpindahan ini akan dilaksanakan di awal perlaksanaan projek. Sebahagian daripada pejabat akan dipindahkan ke Blok Dewan.

 
FASA 3A
 
Fasa seterusnya adalah Fasa 3 iaitu Pembinaan Satu Blok Ahli Parlimen dan Pejabat Pentadbiran serta Blok-blok sokongan yang lain. Pembinaan telah bermula pada 3 November 2014 dan dijangka siap pada 2 November 2016.

 
FASA 2C
 
Fasa 2C adalah projek Baikpulih dan Naiktaraf Blok Menara, Parlimen Malaysia. Projek ini masih di peringkat perancangan oleh pihak JKR dan dijangka dimulakan pembinaan pada bulan November 2015.

 

Kemaskini Terakhir pada: 10 Disember 2019 | Hits: 18388

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 02/07/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.029 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my