7 OGOS 2022 (AHAD) MAJLIS WACANA SENATOR: STRATEGI MEMPERKASA DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3


PARLIMEN MALAYSIA, 7 Ogos 2022 (Ahad) - Liputan bergambar Wacana Senator: Strategi Memperkasa Dewan Negara telah berlangsung di Manhattan III, Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Program ini telah dirasmikan oleh YB Senator Dato' Sri Dr. Haji Mohamad Ali bin Haji Mohamad, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara. Manakala YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi telah menjadi moderator dalam program tersebut.

 

Wacana Senator berkenaan mempunyai dua sesi yang pertama bertajuk Strategi Memperkasa Peranan dan Fungsi Senator, antara panel-panel bagi kumpulan 1 yang terlibat ialah YBhg. Dato' Sri Khairuddin ES Abd Samad, Presiden Majlis Senator Malaysia, YB Senator Datuk Paul Igai, ,YB Senator Sr. Hj Mohd Apandi bin Mohammad serta YB Senator Puan Fadhlina binti Dato' Sidek. Selain itu, kumpulan 2 pula panel-panel terdiri daripada YBhg. Dato' Hj. Ismail Yusop, Pengarah Eksekutif, Institut Darul Ehsan (IDE), YB Senator Datuk Razali bin Idris, YB Senator Datuk Seri Hajah Zurainah binti Musa dan YB Senator Dato' Dr. Nelson a/l Renanathan.

 

Seterusnya, pada sesi kedua bertajuk Pengendalian Bual Bicara Secara Langsung dalam Wacana Senator tersebut turut melibatkan panel seperti YB Senator Dato' Arman Azha Abu Hanifah dan YBrs. Tuan Ashwad Ismail, Ketua Pengarang Astro Awani.  – BAHAGIAN KOMUNIKASI PARLIMEN MALAYSIA

 

Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1529&time=3


Kemaskini terakhir pada: 10 Ogos 2022 | Hits: 1471

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my