26 JULAI 2022 (SELASA) PROGRAM DERMA DARAH PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3


PARLIMEN MALAYSIA, 26 Julai 2022 (Selasa) – Biro Rekreasi Kelab Sukan Dan Kebajikan Parlimen Malaysia (KESPA) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen derma darah dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang di Ruang Lobi, Blok Ahli Parlimen & Pentadbiran, Bangunan Parlimen Malaysia.

 

Penganjuran ini selaras dengan hasrat Parlimen Malaysia dalam memberikan kesedaran tentang kepentingan serta mempromosikan kebaikan menderma darah yang boleh menyelamatkan nyawa terutamanya di kalangan ahli-ahli Parlimen, Pegawai Kerajaan serta warga Parlimen Malaysia.

 

Program derma darah pada hari ini juga telah menarik minat YB Tuan Khairy Jamaludin Abu Bakar, Menteri Kesihatan Malaysia untuk meluangkan masa melihat perjalanan program. – Bahagian Komunikasi Parlimen


Kemaskini terakhir pada: 28 Julai 2022 | Hits: 249

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 10/08/2022.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2022 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my