a) Jawatankuasa ini berfungsi untuk -
i) meneliti rang undang-undang yang telah dibawa untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat berkaitan dengan hak asasi manusia, pilihan raya dan reformasi institusi di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Suruhanjaya Pilihan Raya dan mana-mana kementerian serta agensi-agensi di bawahnya yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa;
ii) meneliti usul, rang undang-undang persendirian, petisyen dan laporan yang berkaitan dengan hak asasi manusia, pilihan raya dan reformasi institusi di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Suruhanjaya Pilihan Raya dan mana-mana kementerian serta agensi-agensi di bawahnya yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa;
iii) menyiasat dan melaporkan apa-apa perkara yang berkaitan dengan hak asasi manusia, pilihan raya dan reformasi institusi di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Suruhanjaya Pilihan Raya dan mana-mana kementerian serta agensi-agensi di bawahnya yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa; atau
iv) melaksanakan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya oleh Menteri atau Majlis.
b) apa-apa perkara yang dibincangkan di perenggan (a) tidak boleh melibatkan perkara yang telah, sedang atau akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).