a) Jawatankuasa ini berfungsi untuk -
i) meneliti rang undang-undang yang telah dibawa untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat berkaitan dengan perdagangan dalam negeri, keusahawanan, kos sara hidup dan pertanian di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta agensi-agensi di bawahnya;
ii) meneliti usul, rang undang-undang persendirian, petisyen dan laporan yang berkaitan dengan perdagangan dalam negeri, keusahawanan, kos sara hidup dan pertanian di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta agensi-agensi di bawahnya;
iii) menyiasat dan melaporkan apa-apa perkara yang berkaitan dengan perdagangan dalam negeri, keusahawanan, kos sara hidup dan pertanian di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta agensi-agensi di bawahnya; atau
iv) melaksanakan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya oleh Menteri atau Majlis.
b) apa-apa perkara yang dibincangkan di perenggan (a) tidak boleh melibatkan perkara yang telah, sedang atau akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).