PROGRAM YB SENATOR DATUK MUTANG TAGAL, YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA KE BA'KELALAN, SARAWAK DARI 18 HINGGA 20 APRIL 2024
control 1control 2control 3

YB Senator Datuk Mutang Tagal, Yang di-Pertua Dewan Negara telah mengadakan program ke Ba'kelalan, Sarawak dari 18 hingga 20 April 2024.

 

Yang di-Pertua Dewan Negara bersama delegasi turut dibawa melawat di sekitar kawasan Lawas oleh YB Dato Henry Sum Agong, Ahli Parlimen Lawas.

 

Seterusnya, YB Senator Datuk Mutang Tagal, Yang di-Pertua Dewan Negara telah merasmikan Pesta Beras Adan 2024 pada 19 April 2024 di Dewan Kampung Buduk Nur, Ba’kelalan.

 

Dalam ucapan beliau, Parlimen Malaysia boleh memainkan peranan dalam menghubungkan komuniti petani Ba'Kelalan kepada agensi Kerajaan Negeri & Persekutuan yang sentiasa bersedia untuk membantu mereka.

 

Hadir bersama meraikan Pesta Beras Adan pada tahun ini ialah YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBrs. Tuan Muhd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan Negara dan YBrs. Puan Adlina Aisyah Binti Ahmad Rusli, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Dewan Negara.

 

Turut diadakan sesi ramah mesra bersama masyarakat setempat dalam menyampaikan peranan dan fungsi Dewan Negara serta bertukar-tukar pandangan.

 

Kenyataan media berkaitan Pesta Beras Adan 2024 https://www.parlimen.gov.my/kenyataan_media_pesta_beras_adan_2024_mengukuhkan_usaha_komuniti_petani_bakelalan_dalam_membangunkan.html

 

Bahagian Komunikasi Korporat

Parlimen Malaysia

 

Kredit foto: Hazirah


Kemaskini terakhir pada: 24 April 2024 | Hits: 198

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 03/05/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my