UPACARA ANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN NEGARA 9 SEPTEMBER (KHAMIS)
control 1control 2control 3


PARLIMEN MALAYSIA: 9 SEPTEMBER 2020 (KHAMIS) — Enam orang ahli Dewan Negara telah mengangkat sumpah sebagai Senator di hadapan YB. Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara dan disaksikan oleh YBrs. Tuan Muhd Sujairi bin Abdullah, Setiausaha Dewan Negara. 

Antara ahli Dewan Negara yang telah mengangkat sumpah adalah YB Senator Dr. Wan Martina binti Wan Yusoff,  YB Senator Dato’ Ajis Bin Sitin, beliau pernah menerima Anugerah DIMP membawa gelaran Dato’ pada tahun 2018 daripada KDYMM Sultan Pahang, YB Senator Dato’ Juhanis binti Abd Aziz, beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Bahagian Temerloh sejak tahun 2013 sehingga 2021, YB Senator Puan Fadhlina binti Dato’ Sidek, beliau kini merupakan pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita Keadilan, YB Senator Tuan Haji Aziz bin Ariffin, beliau merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Padang Besar sejak 2014 sehingga kini, dan YB Seruandi bin Saad, beliau merupakan bekas Yang di-Pertua Majlis Belia Negeri Perlis pada tahun 2007 sehingga 2010. 

Selain itu, kesemua enam orang ahli ini merupakan lantikan baharu. - BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA

Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1373&time=2

Kemaskini terakhir pada: 9 September 2021 | Hits: 2955

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 23/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my