TOWNHALL IKON MADANI BERSAMA YB TAN SRI DATO' JOHARI BIN ABDUL, YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
control 1control 2control 3

TOWNHALL IKON MADANI BERSAMA YB TAN SRI DATO' JOHARI BIN ABDUL, YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT

 

Jelajah Ikon Madani Peringkat Wilayah Persekutuan dan Selangor yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) hari ini menampilkan Townhall Ikon Madani bersama YB Tan Sri Dato’ Johari Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

 

Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri dan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) kerana memilih UKM sebagai lokasi Jelajah Ikon Madani kali ini selepas beberapa siri penjelajahan di Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

 

Jelajah ini juga membawakan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Taruddin merangkap Presiden CTDK Holdings dalam satu sesi bual bicara dimana beliau berkongsi tentang rahsia kejayaannya.

 

Program ini turut menyantuni para pelajar dengan sesi penyerahan sumbangan kepada 1,000 mahasiswa daripada UKM, UPM, UiTM, UPNM,  USIM, UTMKL, UCMI dan KPTM dalam kategori asnaf.

 

Hadir sama, Ketua Pengarah J-KOM, Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff; Pengerusi MAIWP,  Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar; Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah PRIHATIN, Prof. Emeritus Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Suzeren Md. Jamil; Pro Naib Canselor (Kampus Kuala Lumpur), Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid; dan Pendaftar, Dato' Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla.

 

Sumber Universiti Kebangsaan Malaysia

 

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia

 

Parlimen Malaysia

3 Jun 2023


Kemaskini terakhir pada: 15 Jun 2023 | Hits: 665

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my