10 FEBRUARI 2022 (KHAMIS); TAKLIMAT RANCANGAN MALAYSIA KE-12 (RMK 12)
control 1control 2control 3


KUALA LUMPUR: 10 Februari 2022 (Khamis) --- Taklimat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe12) telah berlangsung selama dua hari bermula 9 Februari sehingga 10 Februari 2022 anjuran Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertempat di Bilik Taklimat, Blok Utama Parlimen Malaysia.

Taklimat ini disampaikan oleh dua orang panel iaitu YBrs. Puan Noraini Ahmad, Timbalan Pengarah Bahagian Ekonomi Makro dan YBrs. Encik Ahmad Fareedzal bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Bahagian Bajet Pembangunan (BBP). Antara taklimat yang disampaikan ialah mengenai Intipati Kandungan RMKe12 dan Perancangan dan Penyediaan Program dan Projek Pembangunan dalam RMK12.

RMKe-12 adalah bertunjangkan tiga tema iaitu menjana semula ekonomi, memperkukuh keselamatan, kesejahteraan dan inklusiviti serta melonjakkan kemampanan. Empat pemangkin dasar, iaitu membangunkan bakat masa hadapan, mempercepat penerimagunaan teknologi dan inovasi, menambah baik ketersambungan dan infrastruktur pengangkutan serta memperkukuh perkhidmatan awam akan menyokong pencapaian tema ini.

Sesi taklimat ini juga memberikan maklumat dan pengetahuan yang lebih terperinci mengenai RMKe12 kepada warga Parlimen yang terlibat.

– BAHAGIAN KOMUNIKASI PARLIMEN MALAYSIA

Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1443&time=1


Kemaskini terakhir pada: 16 Jun 2022 | Hits: 4478

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 23/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my