16 FEBRUARI 2022 (RABU); TAKLIMAT “MALAYSIA STATECRAFT: LEADERSHIP AND STATECRAFT”
control 1control 2control 3

 

PUTRAJAYA, 16 Februari 2022 - Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim telah menyampaikan taklimat bertajuk “Malaysia Statecraft: Leadership And Statecraft” kepada peserta Kursus Ketahanan Nasional (KKN) di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya. Ini merupakan kali kedua beliau dijemput hadir ke Maktab Ketahanan Nasional untuk menyampaikan taklimat.

Para peserta terdiri daripada pegawai berpangkat Kol dan Brig Jen atau setaraf. Penubuhan Maktab Ketahanan Nasional ini adalah untuk menghasilkan pemikir strategik berkualiti sebagai seorang negarawan (statesman) yang mampu menggunakan elemen kuasa negara (National Power) ke arah keselamatan, kestabilan dan kemakmuran negara, serantau dan antarabangsa.

Turut hadir, Komandan Maktab Ketahanan Nasional, YBhg. Mejar Jeneral Datuk Mohd Nizam bin Haji Jaffar. –BAHAGIAN KOMUNIKASI PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 16 Jun 2022 | Hits: 1531

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my