SIDANG PERTAMA PARLIMEN BELIA MALAYSIA 2017
control 1control 2control 3
(Translation in Progress)
 
PARLIMEN MALAYSIA, 25 Mei – Parlimen Belia Malaysia Sidang I Tahun 2017 melibatkan 138 Ahli Parlimen Belia Malaysia (APBM) telah diadakan pada 24 dan 25 Mei di Dewan Rakyat Sementara, di sini.


YB Datuk Saravanan Murugan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan bergambar bersama Ahli Parlimen Belia Malaysia sambil menunjukkan simbol jari lima sebagai simbolik Transformasi Nasional 2050 (TN50) pada persidangan Parlimen Belia Malaysia di Dewan Rakyat Sementara.
Turut sama, YB Dato' Sri Ismail Mohamed Said, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat II dan YBhg. Datuk Roosme Hamzah, Setiausaha Dewan Rakyat.
 
Persidangan kali pertama bagi APBM penggal 2017-2018 ini dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat I dan YB Dato' Sri Ismail Mohamed Said, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat II.
 
Penetapan kuota sebanyak 35% kepada golongan belia menjadi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Malaysia adalah antara tajuk perbahasan kali ini.
 
Tiga usul lain yang dibahaskan adalah pemerkasaan pengurusan kewangan di kalangan belia, usaha-usaha Malaysia untuk mencapai Indeks Persepsi Rasuah (CPI) terbaik dunia menjelang tahun 2030 dan memartabatkan Bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi.
 
Kesemua usul yang dibahas dan diputuskan dalam persidangan ini akan dikemukakan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri untuk pertimbangan.


Galeri bergambar - http://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=905&time=4

Last updated: 31 May 2017 | Hits: 1916

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Last Updated: 03/05/2024.
Best viewed 1024 x 768 with Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Copyright Reserved Parliament of Malaysia
Page generated in 0.033 seconds v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my