SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2023 BERJAYA ZAHIR SEMANGAT SEGULAI SEJALAI
YB Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Dewan Negara dan YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat turut hadir pada sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak pada 16 September 2023.
Cogan kata ‘Segulai Sejalai’ yang bermaksud seiring sejalan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang bertepatan dengan aspirasi negara yang mengangkat perpaduan sebagai kunci utama kestabilan negara.
Justeru, setiap rakyat perlu menghayati detik sejarah penubuhan Malaysia sekali gus membentuk jati diri. “Bangsa yang berjaya adalah bangsa yang menggerakkan generasinya yang celik sejarah, penghayatan sejarah akan membentuk jati diri dan menzahirkan identiti anak Malaysia yang jitu.
“Sejarah penubuhan Malaysia wajar diberi keutamaan dalam sistem pendidikan negara,”.
©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Arjunna Putra
Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
16 September 2023
Kemaskini terakhir pada: 18 September 2023 | Hits: 1467