Program Parliament Lecture Series 1.0: Resetting The Malaysian Economy, Parlimen Malaysia
control 1control 2control 3
 
PARLIMEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
 

 

PROGRAM PARLIAMENT LECTURE SERIES 1.0: RESETTING THE MALAYSIAN ECONOMY, PARLIMEN MALAYSIA


NOTA KEPADA PENGARANG

1.         Dimaklumkan bahawa Parlimen Malaysia akan menganjurkan Program Parliament Lecture Series 1.0: Resetting The Malaysian Economy seperti ketetapan berikut:

            Tarikh             : 27 Januari 2023 (Jumaat)

            Masa              : 8.00 malam

            Tempat           : Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia

            Pakaian         : Batik

 

2.         Program ini merupakan anjuran bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Objektif program ini bertujuan untuk menyediakan platform percambahan idea dan pembelajaran mengenai legislatif, demokrasi serta dasar dan hala tuju negara.

3.         Ianya turut dirangka dengan menyasarkan penyertaan melibatkan ahli-ahli Parlimen, pakar bidang khusus (subject matter experts) dari sektor awam dan swasta, ahli-ahli akademik serta badan bukan Kerajaan.

4.         Selain itu, program ini juga diharap dapat mengukuhkan jaringan kerjasama dan merapatkan jurang dalam kalangan Ahli-ahli Parlimen serta pihak-pihak luar dan orang awam selaras dengan usaha Parlimen Malaysia melaksanakan peranannya melalui second track diplomacy.

5.       Justeru, pihak agensi media dijemput hadir untuk membuat liputan secara fizikal terhadap program ini. Pihak media boleh membuat pengesahan kehadiran melalui pautan yang telah disediakan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdAKxlS55AFG-OqiUa2H-n-orx0HxPyUHeayd9SWAIB9mBfSg/viewform .

6.         Petugas media hendaklah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) serta peraturan yang ditetapkan oleh Parlimen Malaysia. Sebarang pertanyaan boleh hubungi urusetia ditalian 03-2063 6277 / 6275.

Sekian, salam hormat.

 

BAHAGIAN KOMUNIKASI

 26 JANUARI 2023


Kemaskini terakhir pada: 26 Januari 2023 | Hits: 3051

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 17/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my