YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat bersama YBhg. Datuk Muhamad Zamani Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia berkesempatan memenuhi undangan untuk bersama sahabat-sahabat asnaf dan anak-anak yatim di Sungai Petani, Kedah sebelum Ramadan tiba.
YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat percaya bahawa Parlimen Malaysia tidak seharusnya dipisahkan daripada rakyat. Bahkan usaha harus sentiasa ditingkatkan agar rakyat perlu cakna akan peranan dan fungsi sebenar institusi legislatif.
YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, turut berkongsi pengalaman beliau semasa mula menjadi Ahli Parlimen kira-kira 15 tahun lalu dan pada masa itu, Parlimen Malaysia dianggap sebagai sebuah ‘mahligai’ yang terasing daripada rakyat.
Parlimen Malaysia
8 Mac 2024
Kemaskini terakhir pada: 15 Mac 2024 | Hits: 1136