PERTEMUAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT BERSAMA SPEAKER OF THE HOUSE OF COMMONS
control 1control 2control 3

YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengadakan perjumpaan bersama TYT Sir Lindsay Hoyle, Speaker of the House of Commons di London.

 

Antara objektif perjumpaan ini ialah untuk bertukar pandangan mengenai pengalaman Parlimen UK dan Parlimen Malaysia, khususnya kepentingan ketelusan, akauntabiliti dan perkhidmatan parlimen yang berkesan.

 

Yang di-Pertua Dewan Rakyat turut memaklumkan bahawa TYT Sir Hoyle amat konstruktif, dengan Parlimen UK menyatakan kesediaannya untuk meningkatkan hubungan yang telah terjalin ini ke tahap yang lebih tinggi melalui kerjasama yang erat dengan Parlimen Malaysia berkenaan pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen, reformasi parlimen serta kepengerusian Parlimen Malaysia dalam Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA) menjelang persidangan ASEAN pada 2025.

 

Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Parlimen Malaysia


Kemaskini terakhir pada: 29 April 2024 | Hits: 1018

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 14/05/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my