YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menganjurkan perjumpaan bersama Ketua Pengarang Media & Agensi berkaitan Urusan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat di Bilik Jamuan, Aras 2, Blok Utama, Kompleks Parlimen.
Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai Parlimen Belia yang mana ianya boleh dijadikan platform untuk mengasah bakat kepimpinan belia, sekali gus melahirkan pemimpin pelapis.
Speaker Dewan Rakyat juga menantikan titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Majlis Parlimen Kelima Belas.
Parlimen Malaysia turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) serta rakan-rakan media yang sentiasa menyokong dalam melestarikan imej Parlimen Malaysia sebagai institusi perundangan tertingga negara.
Hadir bersama YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBrs. Dr. Nizam Mydin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat. YBrs. Encik Naim Fahmi bin Ahmad Tajuddin, Pengarah (Pengurusan) JaPen dan YBrs. Encik Md Shahri bin Saripan, Timbalan Pengarah Bhg. Berita Ehwal Semasa, Jabatan Penyiaran Malaysia.
Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
20 Februari 2024