PEMILIHAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT & MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT
control 1control 2control 3


PARLIMEN MALAYSIA, 19 Disember 2022 (Isnin) - Sekitar suasana Mesyurat Pertama Penggal Pertama Majlis Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat berlangsung di Dewan Rakyat hari ini.

YBrs. Dr. Nizam Mydin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat telah mempengerusi mesyuarat sebelum pemilihan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Menerusi undian Ahli-Ahli Dewan Rakyat telah memilih YB Dato’ Johari Abdul sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat Parlimen Ke-15.

Mesyuarat diteruskan dengan Majlis Angkat Sumpah didahului oleh Speaker Dewan Rakyat dan ikuti YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri serta Ahli-Ahli Dewan Rakyat melibatkan seramai 222 orang.

Selesai mengangkat sumpah, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menangguhkan mesyuarat dewan dan bersambung semula pada jam 2.30 petang.

Pada sesi petang, Ahli-Ahli Dewan Rakyat telah membuat undian bagi pemilihan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan 
memilih YB Dato’ Ramli Dato’ Mohd Nor, Ahli Parlimen Cameron Highland dan YB Puan Alice Lau Kiong Yieng, Ahli Parlimen Lanang.

Seterusnya, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri telah membentangkan usul keabsahan terhadap YAB Perdana Menteri di dalam Dewan Rakyat melibatkan perbahasan seramai 12 orang Ahli Dewan Rakyat.

Perbahasan telah dimulakan oleh YB Dato' Seri Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Larut selaku Ketua Pembangkang dan digulung oleh YB Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi).

Menteri Kewangan, telah mencadangkan Bacaan Kali Yang Pertama Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan
(Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.

Turut hadir bersama adalah YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara, YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan tetamu jemputan.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menangguhkan mesyuarat pada hari ini sehingga jam 10 pagi, 20 Disember 2022.

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia

Kemaskini terakhir pada: 22 Disember 2022 | Hits: 2276

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my