8 JUN 2022 (RABU); MESYUARAT JAWATANKUASA PENUBUHAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PARLIMEN, PINDAAN AKTA MAJLIS PARLIMEN 1952 DAN KOD ETIKA AHLI PARLIMEN
control 1control 2control 3

 


KUALA LUMPUR, 8 JUN (RABU) -- Mesyuarat Transformasi Parlimen hari ini bersetuju memberi mandat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan mengenai semua urusan penyediaan melibatkan transformasi Parlimen.
 

Bahagian Komunikasi Parlimen Malaysia dalam kenyataan media memaklumkan perkara itu melibatkan Akta Suruhanjaya Parlimen, pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 serta Kod Etika Ahli Parlimen.

 

“Semua ini harus diselesaikan sebelum sesi Parlimen akan datang. Parlimen Malaysia akan menjadikan perkara ini sebagai keutamaan dan sentiasa menyokong serta bekerjasama bagi menjayakan agenda ini,” menurut kenyataan itu.

 

Kenyataan itu menyebut Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Jawatankuasa Transformasi Parlimen hari ini susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 1 Jun lepas.

 

Mesyuarat itu turut dihadiri Wan Junaidi, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri.

 

“Dimaklumkan dalam mesyuarat tersebut, Jawatankuasa Transformasi Parlimen telah mengemas kini Rang Undang-Undang Suruhanjaya Parlimen yang baharu dan pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 serta telah dimajukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” menurut kenyataan itu.

 

Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju pada dasarnya dengan cadangan dan perakuan Jawatankuasa Transformasi Parlimen supaya Parlimen Malaysia berfungsi mengikut dasar pengasingan kuasa seperti diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan.

 

Ini termasuk cadangan mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen yang kendiri serta pindaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952. — SUMBER BERNAMA

 

SILA KLIK PAUTAN TERSEBUT UNTUK KOLEKSI GAMBAR   https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1508&time=3


Kemaskini terakhir pada: 16 Jun 2022 | Hits: 1773

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 14/05/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.043 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my