BAHAGIAN PENGURUSAN DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3
SEKRETARIAT
 
Pengenalan
 
Pentadbiran Parlimen diketuai oleh Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred Utama B yang bertanggungjawab ke atas urusan dan hal ehwal pentadbiran dan kewangan Parlimen Malaysia. Sementara itu, Setiausaha Dewan Negara dalam urusan Mesyuarat Dewan Negara manakala Setiausaha Dewan Rakyat bertanggungjawab dalam urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
 
Sekretariat Parlimen dibahagi kepada beberapa Bahagian yang dianggotai seramai 353 perjawatan seperti berikut:-

BAHAGIAN PENGURUSAN DEWAN NEGARA
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN
 
 
         FUNGSI BAHAGIAN
  • Menjalankan fungsi pengurusan Persidangan Dewan Negara dengan mengeluarkan notis-notis mesyuarat kepada Ahli-Ahli Dewan dan Agensi Kerajaan; menyediakan Kertas Aturan Urusan Mesyuarat, memproses dan mengedit pertanyaan jawab lisan dan bertulis dan menyediakan minit mesyuarat (Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat).
  • Mengurus pembentangan Usul-Usul Kerajaan, Usul Persendirian dan Ucapan Penangguhan.
  • Menguruskan pembentangan Rang Undang-Undang mendapatkan perkenan Diraja dan memaklumkan kepada Peguam Negara untuk digazet.
  • Menguruskan pembentangan Risalat-risalat Dewan seperti kertas Perintah, Statut dan urusan mewartakannya.
  • Menguruskan penyediaan Penyata Rasmi Persidangan  Dewan Negara.
  • Mengendalikan urusan terjemahan serentak semasa Persidangan Dewan.
  • Menguruskan urusan kerja-kerja Bentara semasa Persidangan Dewan.
  • Urus Setia Mesyuarat Majlis Istiadat Perasmian Persidangan Parlimen, Mesyuarat Pra-Persidangan Parlimen bersama-sama Agensi-Agensi Kerajaan, Persidangan Speaker-Speaker Dewan Undangan Negeri seluruh Malaysia. Jawatankuasa yang dibentuk oleh Dewan iaitu Jawatankuasa Pemilih, Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Negara, Jawatankuasa Dewan bagi Dewan Negara, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara.
  • Menyediakan Laporan Jawatankuasa dan menyelaraskan pembentangan Laporan di Dewan Negara.
  • Mengendalikan bank data soalan-soalan lisan, soalan-soalan bertulis, Usul-usul daripada Ahli-ahli Dewan, jawapan-jawapan Kementerian, pembentangan Rang Undang-undang dan Laporan Jawatankuasa Pilihan dan Jawatankuasa Pilihan Khas.
  • Menerbit Laporan Prosiding Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan dan Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan Khas.
  • Menyelaras penterjemahan berturutan semasa lawatan tetamu asing dan urusan-urusan rasmi Parlimen.
  • Memastikan setiap pelawat dan tetamu sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan semasa lawatan dan kunjungan hormat.
  • Memastikan keselamatan mesyuarat semasa Persidangan Dewan dan semasa Mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa.

Kemaskini terakhir pada: 1 Oktober 2021 | Hits: 42923

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 16/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.024 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my