MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA BERSAMA AHLI DEWAN NEGARA DAN AHLI DEWAN RAKYAT
control 1control 2control 3
MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA BERSAMA AHLI DEWAN NEGARA DAN AHLI DEWAN RAKYAT

YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menyampaikan ucapan semasa Majlis Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia Bersama Ahli Dewan Negara Dan Ahli Dewan Rakyat di Dewan Bankuet, Blok Utama Parlimen Malaysia pada hari ini.

Selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 Julai 2023 majlis telah dimulakan dengan bacaan ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh YBrs. Tuan Muhd Sujairi Abdullah, Setiausaha Dewan Negara.

Seterusnya, YB Tuan Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi) telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul , Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara sebagai simbolik kepada sambutan pada hari ini.

Tetamu kehormat bersama para jemputan telah menyanyikan lagu patriotik “Jalur Gemilang” sambil mengibarkan bendera sebagai cinta kepada tanah air. 

Penganjuran majlis ini sebagai salah satu usaha Parlimen Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan seluruh Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBrs. Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat, Setiausaha-Setiausaha Bahagian dan warga Parlimen Malaysia.


©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Hazirah

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
14 September 2023

Kemaskini terakhir pada: 15 September 2023 | Hits: 905

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my