24 JUN 2022 (JUMAAT) MAJLIS PENUTUP & PENYERAHAN SIJIL KURSUS DEFENSIVE T-BATON (SIRI 2) ANGGOTA KESELAMATAN PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3


Jumaat, 24 Jun 2022 - Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon telah merasmikan Majlis Penutup & Penyerahan Sijil Kursus Defensive T-Baton (Siri 2) Anggota Keselamatan Parlimen Malaysia. Turut bersama hadir adalah Tuan Mohd Radzi Jamalluddin, Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ir. Azmi Abdul Hamid, Setiausaha Bahagian Sengara Fasiliti dan Landskap.
 
Kursus yang berlangsung selama lima hari daripada 20 Jun 2022 sehingga 24 Jun 2022 adalah kerjasama antara Bahagian Keselamatan, Parlimen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia. Untuk merealisasikan kursus ini, tiga orang jurulatih dari IPKKL telah dijemput untuk memberi latihan kepada peserta tentang pengendalian T-Baton dan mempersiapkan kekuatan mental peserta selepas tamat kursus.
 
Majlis penyerahan sijil dimulakan dengan demonstrasi pertempuran jarak dekat T-Baton oleh peserta kursus yang diadakan di Lobi Blok Pentadbiran, Parlimen Malaysia. Seterusnya, YB Dato’ Rashid menyerahkan sijil kepada peserta-peserta kursus di Auditorium Parlimen Malaysia.

Sila klik di pautan tersebut untuk koleksi gambarhttps://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1517&time=3
 
Bahagian Komunikasi,
Parlimen Malaysia

Kemaskini terakhir pada: 30 Jun 2022 | Hits: 1512

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 24/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my