MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT PARLIMEN MALAYSIA 2023
control 1control 2control 3
MAJLIS PELANCARAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT PARLIMEN MALAYSIA 2023

YB Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Dewan Negara hari ini telah melancarkan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Parlimen Malaysia sempena sambutan Bulan Kebangsaan Tahun 2023.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan pelancaran oleh YB Senator Tan Sri Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi dan seterusnya simbolik penyerahan Jalur Gemilang kepada YBrs. Encik Hirman Awang, Jabatan Pengajian Tinggi, YBrs. Dr. Mohd Syarqawy Hamzah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, 4 pewakilan Mahasiswa serta Pengurusan Tertinggi Parlimen Malaysia.

Tetamu Kehormat bersama-sama para tetamu jemputan turut menyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan penuh bersemangat dan penuh patriotik serta rasa cintakan kepada negara.

Majlis turut dimeriahkan oleh peserta-peserta dari program Mahasiswa Kebangsaan Malaysia 2023 dan warga Parlimen Malaysia. Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Senator Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani Bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

Video Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Parlimen Malaysia https://www.youtube.com/watch?v=D5TsfR4_ez0

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Hazirah

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
23 Ogos 2023

Kemaskini terakhir pada: 8 September 2023 | Hits: 401

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 26/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my