MAJLIS ANGKAT SUMPAH AHLI-AHLI DEWAN RAKYAT PARLIMEN KE-14
control 1control 2control 3

 


YB Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof mengangkat sumpah sebagai Yang di – Pertua Dewan Rakyat yang baharu.
 

PARLIMEN MALAYSIA – Majlis Angkat Sumpah Ahli-Ahli Dewan Rakyat Parlimen ke-14 telah berlangsung pada 16 Julai 2018, bertempat di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. Seramai 220 Ahli – Ahli Dewan Rakyat telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan 98 daripadanya merupakan Ahli yang baru. Majlis mengangkat sumpah ini berlangsung selepas 69 hari selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang telah diadakan pada 9 Mei lalu. Majlis dimulakan dengan mengangkat sumpah Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof. 
 

Selepas selesai upacara mengangkat sumpah Ahli-Ahli Dewan Rakyat, persidangan dewan diteruskan dengan usul untuk menamakan dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Kedua nama calon dari PAKATAN diusulkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sementara sebagai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan Ronald yang merupakan Ahli Parlimen Beluran. Proses undian tersebut menyaksikan Mohd Rashid memperoleh 171 undian diikuti Nga Kor Ming 124 undi sementara Datuk Seri Ronald Kiandee mendapat 93 undi.

 

 

 

 

 


Kemaskini terakhir pada: 25 Julai 2018 | Hits: 11807

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my