LUNCHEON TALK MALAYSIA FUTURE LEADERS SCHOOL (MFLS) TIER 3 BERSAMA TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT
control 1control 2control 3

Luncheon Talk Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier 3  Bersama Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat

YB Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat hari ini telah meluangkan masa menghadiri sesi luncheon talk bersama peserta-peserta Malaysia Future Leaders School bertempat di Bilik Taklimat Parlimen Malaysia.

Seramai 150 peserta MFLS dari seluruh negara ini berpeluang beramah mesra dan bertanyakan pelbagai soalan kepada YB Dato'. Terlebih dahulu para peserta telah diberi penerangan pada sesi lawatan berpandu ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara oleh Pegawai di Bahagian Komunikasi dan Pegawai Penyelidik Parlimen.

Hadir bersama ke program ini ialah YBhg. Dato' Haji Noor-Ihsan bin Haji Che Mat, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan YBrs.Dr. Haji Hanafi bin Haji Harun, Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan) i-Lead.

MFLS Tier 3 adalah inisiatif untuk membentuk anak muda melakukan kemajuan inovasi serta menjadi pemangkin perubahan negara di masa hadapan.

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Adnan

Parlimen Malaysia
10 Mei 2023


Kemaskini terakhir pada: 24 Mei 2023 | Hits: 560

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my