MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA TAMAT TEMPOH AHLI DEWAN NEGARA, PARLIMEN MALAYSIA TAHUN 2022
control 1control 2control 3

 

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 2022 (Isnin) - Liputan bergambar Majlis Makan Malam Sempena Tamat Tempoh Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia Tahun 2022 anjuran oleh Majlis Senator Malaysia di The Saddle Coffee House, Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Majlis turut memberikan penghargaan kepada dua (2) orang Ahli Dewan Negara iaitu YB Senator Dato' Isa Ab Hamid dan YB Senator Dr. Zaiedi Suhaili yang telah berkhidmat menjadi Ahli Dewan Negara selama 2 penggal. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh dua orang mantan ahli Dewan Negara dan kemudian ucapan aluan oleh YB Senator Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim Yang Di-Pertua Dewan Negara. Dalam ucapan YB Senator Tan Sri menegaskan Perkara 45 (2) Perlembagaan Persekutuan berkenaan Keanggotaan Dewan Negara menyatakan Ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah orang yang pada pendapatnya telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam profesion, perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan atau perkhidmatan sosial atau yang mewakili ras minoriti atau berkebolehan mewakili kepentingan orang asli.

Selain itu, beliau juga mengingatkan kepada Ahli Senator Dewan Negara supaya sentiasa bersikap positif dalam perkhidmatan mereka, mengekalkan sifat berbudi bahasa dan meluaskan perkhidmatan sehingga kepada rakyat pendalaman.YB Senator Tan Sri berharap semua ahli Senator Dewan Negara agar mengutamakan tanggungjawab dan memainkan peranan sebagai ahli Dewan Negara dengan sebaiknya. Turut hadir YBhg Dato Sri’ Khairudin bin E.S. Samad, Presiden Majlis Senator Malaysia, YBhg. Datuk Nor Yahati Awang, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia, YBrs. Tuan Muhd Sujairi bin Abdullah, Setiausaha Dewan Negara, serta ahli-ahli YB Senator Dewan Negara.

 

©️ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Adnan | Afifi

 

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
16 Ogos 2022


Kemaskini terakhir pada: 19 Ogos 2022 | Hits: 1442

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 24/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.060 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my