KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT OLEH SPEAKER DEWAN PERWAKILAN RAKYAT, REPUBLIK INDONESIA
control 1control 2control 3
Kunjungan hormat kepada YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat oleh PYT Puan Maharani Nakshatra Kusyala Devi, Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Republik Indonesia di pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Blok Utama, Parlimen Malaysia.

Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Republik Indonesia bersama delegasi akan melakukan lawatan kerja ke Malaysia selama dua (2) hari mulai hari ini.

Turut berlangsung, mesyuarat dua hala antara YB Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan PYT Puan Maharani Nakshatra Kusyala Devi. Objektif mesyuarat ini adalah langkah berterusan Parlimen Malaysia dalam meningkatkan kerjasama pelbagai hala antara parlimen-parlimen ASEAN.

Hadir bersama dalam mesyuarat ini ialah YB Dato' Indera Mohd Shahar Bin Abdullah (Ahli Parlimen Paya Besar), YB Puan Syerleena binti Abdul Rashid (Ahli Parlimen Bukit Bendera), YB Tuan Yuneswaran A/L Ramaraj (Ahli Parlimen Segamat), YB Tuan Haji Ahmad Fadhli Bin Shaari (Ahli Parlimen Pasir Mas) serta YBrs. Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin, Setiausaha Dewan Rakyat.

@ Bahagian Komunikasi, Parlimen Malaysia | Ahmad Aiman

Bahagian Komunikasi
Parlimen Malaysia
2 Oktober 2023

Kemaskini terakhir pada: 3 Oktober 2023 | Hits: 888

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my