Kenyataan Media Yang Di-Pertua Dewan Negara
control 1control 2control 3
 
PARLIMEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
 

 

KENYATAAN MEDIA

OLEH

YB. SENATOR TAN SRI DATO’ SERI UTAMA DR. RAIS YATIM
YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA 27 JANUARI 2022

 

Mesyuarat Jawatankuasa Transformasi Parlimen yang dipengerusikan YB. Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Yang di-Pertua Dewan Negara mengadakan mesyuarat akhirnya pada hari ini setelah bermesyuarat beberapa kali sebelum ini.

 

Jawatankuasa itu dianggotai oleh YB Tan Sri Azhar Azizan Harun, Yang di-Pertua

Dewan Rakyat; YB Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang); Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia dan kedua-dua Setiausaha Parlimen Dewan Negara dan Dewan Rakyat serta pegawai-pegawai yang mewakili pelbagai jabatan.

 

  1. Menurut Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Jawatankuasa itu hanya berurusan mengembalikan kuatkuasa Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang telah dihentikan kuatkuasaannya semenjak 1993. Di bawah Akta ini terletak sebahagian fungsi dan kuasa asingan Parlimen termasuk dari segi otonomi pentadbiran dan kewangan. Tan Sri berkata tanpa pengembalian fungsi dan peranan pentadbiran dan kewangan, Parlimen tidak akan berfungsi secara berasingan daripada kuasa Eksekutif.

 

  1. Juga dalam cadangan Transformasi ini ialah beberapa pindaan berkaitan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952. Terkandung dalam syor Jawatankuasa Transformasi itu ialah mewujudkan kuasa Yang diPertuan Agong ke atas Kod Etika Ahli-ahli Parlimen, kuasa menghukum pihak-pihak yang mencela atau mempersenda kuasa Parlimen dan manamana jawatankuasa serta hal ehwal pentadbiran Parlimen. Secara amnya, keperihalan Perkara 44 dan 55 Perlembagaan Persekutuan yang mengasingkan Parlimen dari mana-mana entiti lain adalah menjadi keutamaan.

 

 

  1. Suatu draf syor-syor Jawatankuasa itu diserahkan kepada YB Menteri di JPM yang akan mengemukakan Memorandum kepada Jemaah Menteri sebelum bulan Mac 2022. 

 

Usaha mewujudkan fungsi dan peranan Parlimen yang berasingan dari pengawalan cabang Eksekutif telah lama dipolemikkan namun tiada menjadi tindakan asas sehingga kini khasnya susulan MoU antara Kerajaan Pimpinan  YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dengan pihak pembangkang bulan September lalu.

 

Akhir pernyataan.

 

 

YB. Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim

Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Parlimen Malaysia 27 Januari 2022


Kemaskini terakhir pada: 27 Januari 2022 | Hits: 2325

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my