Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
control 1control 2control 3

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ini terdiri daripada Tuan Yang di-Pertua sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.

Jawatankuasa ini berkewajipan untuk menimbangkan apa-apa perkara yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata tentang perkara itu kepada Majlis.

Apabila Majlis tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Yang di-Pertua jika berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan Majlis. Jika Tuan Yang di-Pertua telah berpuashati, perkara tersebut bolehlah diserahkan kepada Jawatankuasa. Jawatankuasa ini seterusnya akan mengeluarkan penyata kepada Majlis berkenaan perkara itu.

Jawatankuasa ini boleh memanggil orang hadir dihadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat serta boleh mengeluarkan penyata kepada Majlis dari masa ke semasa.

Ahli-Ahli Jawatankuasa Hak & Kebebasan Parlimen Kelima Belas

Pengerusi mengikut Peraturan Mesyuarat 80(1)

  Yang Berhormat Tan Sri Dato' (Dr.) Johari bin Abdul
Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Setiausaha
  Yang Berusaha Dr. Nizam Mydin bin Bacha Mydin
Setiausaha Dewan Rakyat / Jawatankuasa Hak & Kebebasan 

Ahli
1 Yang Berhormat Datuk Andi Muhammad Suryady Bin Bandy
Ahli Parlimen Kalabakan
 
2 Yang Berhormat Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Ahli Parlimen Hulu Langat
 
3 Yang Berhormat Dato Henry Sum Agong
Ahli Parlimen Lawas
 
4 Yang Berhormat Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng
Ahli Parlimen Tanjung Piai
 
5 Yang Berhormat Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin 
Ahli Parlimen Putrajaya
 
6 Yang Berhormat Datuk Idris bin Ahmad
Ahli Parlimen Bagan Serai
 

 


Kemaskini terakhir pada: 15 Oktober 2024 | Hits: 50868

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 30/10/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.023 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my