Dewan Negara dianggotai oleh Ahli-ahli Parlimen yang juga dikenali sebagai Senator. Mereka dipilih daripada kalangan mereka yang telah mencapai kecemerlangan dalam profesion masing-masing serta mewakili golongan minoriti dalam masyarakat. Keahlian Dewan Negara adalah melalui dua cara iaitu pemilihan oleh Dewan Undangan Negeri dan lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Jumlah kerusi senator adalah sebanyak 70 kerusi.
The Senate is comprised of Members of Parliament who are also known as Senators. They were chosen among those who had achieved excellence in their respective professions and represented minorities in the society. Members of the Senate are selected by two means i.e. appointed by the State Legislative Assembly and appointed by the Yang di-Pertuan Agong. The number of Senator seats is 70 seats.