AZALINA DIMASYHUR SEBAGAI TIMBALAN YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT
control 1control 2control 3

KUALA LUMPUR, 13 Julai  -- Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Azalina, 57, yang merupakan wanita pertama memegang jawatan itu adalah bagi menggantikan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming yang meletak jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan supaya Azalina dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 6 (2) yang dibaca bersama Peraturan 4 (1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. 

“Saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Azalina binti Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan mengikut Peraturan Mesyuarat 6 (2) yang dibaca bersama Peraturan 4 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih,” menurut usul tersebut.

Berkelulusan Sarjana Undang-Undang dari London School of Economics dan Diploma Undang-Undang Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Azalina yang merupakan anak jati Johor berpengalaman luas dalam mengendalikan kes-kes tuntutan sivil melibatkan isu perbankan korporat dan komersial. -- BERNAMA


Kemaskini terakhir pada: 17 Julai 2020 | Hits: 4332

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.038 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my