PARLIMEN MALAYSIA, 13 Februari – YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat (YPDR) hari ini menerima kunjungan hormat daripada PYT Marzieh, Duta Iran ke Malaysia mulai jam 3.30 petang.
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat berbincang sesuatu dengan PYT Marzieh, Duta Iran ke Malaysia pada pertemuan berkenaan di pejabatnya.
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat bergambar kenangan bersama PYT Marzieh, Duta Iran ke Malaysia di akhir kunjungan hormat.
Pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam itu diadakan di Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat, di sini.