KENYATAAN MEDIA: PENGGUNAAN NAMA DEWAN RAKYAT DALAM KAD NAMA PALSU

KENYATAAN MEDIA

 

 

 

PENGGUNAAN NAMA DEWAN RAKYAT DALAM KAD NAMA PALSU

 

Merujuk kepada kad nama “Raymond Cheah” yang tular seperti disebut dalam laman Facebook Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi statusnya, Dewan Rakyat ingin menarik perhatian bahawa tiada jawatankuasa seperti yang dipaparkan dalam kad tersebut.


Dewan Rakyat hanya mempunyai 10 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (boleh dirujuk dalam laman web rasmi www.parlimen.gov.my) di bawah agenda reformasi Parlimen sebelum ini.


Saya ingin memaklumkan, jawatankuasa “Chinese Committee/Chinese Associate” tidak pernah diwujudkan dalam perbincangan Dewan Rakyat sebelum ini.


Saya juga difahamkan Pejabat Timbalan Perdana Menteri akan membuat laporan polis terhadap individu yang menyalahgunakan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


 

-TAMAT-



24 Januari 2020
Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato' Mohamad Ariff bin Md. Yusof