REFORMASI PARLIMEN MALAYSIA KE-14
- Menubuhkan dan menginstitusikan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen iaitu:-
- Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Mempertimbangkan Rang Undang-Undang;
- Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet;
- Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan Dan Hal Ehwal Dalam Negeri;
- Jawatankuasa Pilihan Khas Kesaksamaan Gender;
- Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Antara Persekutuan Dan Negeri-Negeri;
- Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama;
- Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Antarabangsa Dan Hal Ehwal Luar Negeri;
- Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia Dan Hal Ehwal Perlembagaan;
- Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains Dan Inovasi; dan
- Jawatankuasa Pilihan Khas Pilihanraya
|
- Memperkemaskan aturan-aturan prosedur untuk memastikan penggunaan masa Parlimen yang lebih berkesan. Tidak ada masa persidangan melebihi jam 12.00 tengah malam. Membenarkan perbahasan tentang perkara khusus yang mempunyai kepentingan awam.
|
- Melantik Ahli Parlimen Pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
|
- Menentukan had masa bagi soal-jawab lisan.
|
- Berusaha untuk memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen.
|
- Mengkaji penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen.
|
- Menganjurkan Siri Syarahan Yang di-Pertua (“Speaker’s Lecture Series”).
|
- Memainkan peranan yang aktif dalam libat-urus awam dengan mengadakan pelbagai kursus, bengkel dan seminar di Parlimen.
|
- Menaiktaraf portal Parlimen dan meluncurkan aplikasi mudah alih Parlimen Malaysia.
|
- Mewujudkan Kaukus Reformasi Parlimen Dan Tadbir Urus.
|
- Mengkaji penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen (“All Party Parliamentary Group”) dalam pelbagai bidang.
|
- Menerbitkan buku amalan parlimen versi Erskine May di Malaysia.
|
- Menggalakkan perubahan kerangka minda untuk suatu budaya keparlimenan yang lebih baik
|