Agenda Reformasi Parlimen

REFORMASI PARLIMEN MALAYSIA KE-14

 
  1. Menubuhkan dan menginstitusikan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen iaitu:-
  1. Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Mempertimbangkan Rang Undang-Undang;
  2. Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet;
  3. Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan Dan Hal Ehwal Dalam Negeri;
  4. Jawatankuasa Pilihan Khas Kesaksamaan Gender;
  5. Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Antara Persekutuan Dan Negeri-Negeri;
  6. Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama;
  7. Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Antarabangsa Dan Hal Ehwal Luar Negeri;
  8. Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia Dan Hal Ehwal Perlembagaan;
  9. Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains Dan Inovasi; dan
  10. Jawatankuasa Pilihan Khas Pilihanraya
  1. Memperkemaskan aturan-aturan prosedur untuk memastikan penggunaan masa Parlimen yang lebih berkesan. Tidak ada masa persidangan melebihi jam 12.00 tengah malam. Membenarkan perbahasan tentang perkara khusus yang mempunyai kepentingan awam.
  1. Melantik Ahli Parlimen Pembangkang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
  1. Menentukan had masa bagi soal-jawab lisan.
  1. Berusaha untuk memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen.
  1. Mengkaji penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen.
  1. Menganjurkan Siri Syarahan Yang di-Pertua (“Speaker’s Lecture Series”).
  1. Memainkan peranan yang aktif dalam libat-urus awam dengan mengadakan pelbagai kursus, bengkel dan seminar di Parlimen.
  1. Menaiktaraf portal Parlimen dan meluncurkan aplikasi mudah alih Parlimen Malaysia.
  1. Mewujudkan Kaukus Reformasi Parlimen Dan Tadbir Urus.
  1. Mengkaji penubuhan Kumpulan Rentas Parti Parlimen (“All Party Parliamentary Group”) dalam pelbagai bidang.
  1. Menerbitkan buku amalan parlimen versi Erskine May di Malaysia.
  1. Menggalakkan perubahan kerangka minda untuk suatu budaya keparlimenan yang lebih baik