Turut serta dalam perbincangan-perbincangan penting dunia Islam dalam Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 (International Conference of Religious Leaders) di Petaling Jaya hari ini.
Majlis ini telah menghimpunkan seramai lebih 2,000 pemimpin-pemimpin dunia Islam daripada seluruh dunia dan telah disempurnakan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Ia menekankan kepentingan agama dalam mempromosikan keamanan dunia, mengukuhkan perpaduan di kalangan rakyat, dan meneroka kerjasama serantau.
Selain itu, persidangan ini juga telah melancarkan inisiatif yang terhasil daripada Piagam Makkah dan memberi fokus kepada peranan pemimpin Islam sedunia untuk mengekalkan keamanan, memupuk dialog antara agama yang terbuka dan konstruktif.