YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KETIKA SESI MENGHADAP KDYMM SULTAN KEDAH DAN LAWATAN KERJA YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KE DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH
control 1control 2control 3

YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KETIKA SESI MENGHADAP KDYMM SULTAN KEDAH DAN LAWATAN KERJA YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KE DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH

Siri lawatan kerja YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat diteruskan dengan mengadakan lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Terlebih dahulu, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menghadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah Darul Aman di Istana Anak Bukit semalam.

Seterusnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah mengadakan pertemuan bersama YB Tuan Zubir bin Ahmad, Speaker DUN Kedah dan YB Tuan Razak bin Khamis, Timbalan Speaker DUN Kedah.

Sesi perbincangan mengupas mengenai usaha pengdigitalan DUN untuk menyelaras aturan urusan dewan termasuk penghantaran soalan daripada wakil rakyat.

Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah YBhg. Datuk Haji Muhamad Zamani bin Mohd Ali, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia.

Bahagian Komunikasi Korporat
Parlimen Malaysia
8 Ogos 2024

Kredit Foto: Ahmad Afifi

Kemaskini terakhir pada: 12 Ogos 2024 | Hits: 2067

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 12/11/2025.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2025 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my