YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA DAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT MENYERAHKAN MEMORANDUM TRANSFORMASI PARLIMEN KEPADA PERDANA MENTERI HARI INI
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN MEDIA

OLEH

YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT

  1. Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Dato’ Johari bin Abdul telah menyampaikan Memorandum Transformasi Parlimen kepada Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim petang tadi sebagai susulan komitmen yang telah dibuat antara Kerajaan dengan Pembangkang Februari lalu.

 

  1. Perdana Menteri menyambut baik usaha tersebut dan memaklumkan kepada kedua-dua Speaker bahawa penelitian khusus akan dilakukan termasuk pandangan objektif Jemaah Menteri dan pihak-pihak berwajib yang lain. 

 

  1. Jawatankuasa Transformasi Parlimen itu yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Rais semenjak setahun lalu telah menyelesaikan kerja-kerja semakan perundangan ke arah menjadikan Parlimen bebas daripada kepentingan dan kuasa mana-mana pihak termasuk pihak Eksekutif. 

 

  1. Memorandum itu juga mengesyorkan supaya Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diperbaharui dan dilunaskan dengan segera supaya konsep “Asingan Kuasa” benar-benar dilaksanakan dan bersekali menjaga kepentingan penjawat awam yang berkhidmat di bawah Parlimen kini.

 

  1. Selain itu, penyampaian memorandum tersebut turut menyentuh beberapa pindaan kepada Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 untuk mengendalikan isu-isu berkaitan  kelakuan, kanun etika dan tata disiplin para ahli Parlimen di kedua-dua Dewan.

 

  1. Kedua-dua Speaker Parlimen dan Perdana Menteri juga turut membincangkan tentang potensi menjadikan "rasa juang negara" dalam kalangan peserta Parlimen Belia melalui sebaran dan serapan nilai-nilai RUKUNEGARA yang kini didapati tiada promosi dalam kalangan masyarakat.

 

  1. Tan Sri Dr. Rais memaklumkan juga bahawa Perdana Menteri akan menemui pimpinan Dewan Negara dalam tempoh terdekat bagi melunaskan beberapa hal dan isu berkaitan Senat sebagai Dewan Tertinggi Negara. - TAMAT

 

         Pejabat Yang di-Pertua Dewan Negara

         Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat

         Parlimen Malaysia
         29 Disember 2022


Kemaskini terakhir pada: 30 Disember 2022 | Hits: 1351

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 16/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my