21 MAC 2022 (ISNIN); UPACARA MENGANGKAT SUMPAH BAGI 2 ORANG AHLI DEWAN NEGARA
control 1control 2control 3


PARLIMEN MALAYSIA, 21 Mac 2022 (Isnin) – Dua orang Ahli Dewan Negara telah mengangkat sumpah hari ini di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Mereka ialah Datuk Dr Azhar Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah Pharmaniaga Berhad dan Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka.

Kedua-dua mereka ini merupakan lantikan baharu oleh Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa mulai hari ini sehingga 20 Mac 2025. 

Mereka juga adalah lantikan baharu oleh Dewan Undangan Negeri Perak.

YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim Ketika berucap mengalu-alukan pelantikan dua Ahli Dewan Negara ini serta mengingatkan mereka supaya menggalas tanggungjawab sebaik mungkin dan menunaikan segala sumpah yang dilafazkan dengan penuh amanah.

Tambahan lagi, beliau turut menekankan supaya Ahli Dewan Negara tidak sekadar membaca teks perbahasan secara keseluruhannya sebaliknya berbahas mengikut lunas di Parlimen mengikut Peraturan Mesyuarat 36. – BAHAGIAN KOMUNIKASI PARLIMEN MALAYSIA

 

Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar  https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1457&time=3


Kemaskini terakhir pada: 16 Jun 2022 | Hits: 2154

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/07/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.045 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my