UPACARA MENGANGKAT SUMPAH AHLI DEWAN NEGARA 4 OKTOBER (ISNIN)
control 1control 2control 3


KUALA LUMPUR: Tiga Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim, hari ini.

Mereka ialah Ketua Penerangan UMNO Putrajaya, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya; Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Husain Awang dan Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying.

Lantikan Mohd Hisamudin berkuat kuasa hari ini hingga 3 Oktober 2024, manakala Husain pula mulai 15 September lalu hingga 14 September 2024 dan Hui Ying (1 September lalu hingga 31 Ogos 2024).

Semua mereka mengangkat sumpah sebagai senator pada majlis yang berlangsung dalam keadaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sementara itu, Rais dalam ucapannya berkata, draf Rang Undang-Undang dan Memorandum Jemaah Menteri mengenai transformasi Dewan Rakyat dan Dewan Negara sudah diserahkan.

Draf itu, katanya, diserahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, untuk diteliti dan diluluskan kerajaan, Khamis lalu.

"Paling penting dalam menjayakan usaha ini, Dewan Negara dan Dewan Rakyat sepakat untuk meminda serta memperkasakan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

"Ini juga untuk mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 yang dimansuhkan pada 1992, agar konsep pengasingan kuasa antara legislatif dan eksekutif benar-benar dapat dijelmakan seperti termaktub dalam Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan.

"Menerusi langkah ini, Parlimen akan bebas daripada kuasa eksekutif khususnya dalam aspek untuk membuat keputusan dasar dalam soal pelaksanaan pentadbiran dan pengurusan kewangan di Parlimen," katanya.

Rais berkata, Peraturan Mesyuarat kedua-dua dewan juga akan dipinda dan ditambah baik meliputi aspek perjalanan mesyuarat, disiplin ahli serta penetapan ke atas Kod Etika untuk Ahli Parlimen.

Menerusi transformasi itu, katanya, Dewan Negara dan senatornya akan diaktivikasikan menerusi pembentukan tiga jawatankuasa pilihan khas yang mempunyai kuasa perundangan.

Jawatankuasa berkenaan ialah, Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat, Jawatankuasa Pilihan Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan serta Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan AntiRasuah.

"Sudah tiba masanya untuk Ahli Parlimen dipandu dengan Kod Etika agar tidak sesekali menjadikan imuniti dewan sebagai tempat untuk memperlihat sesuatu sikap, perilaku serta tutur kata kurang bertamadun.

"Segala transformasi sedang diusahakan ini selari dengan Memorandum Persefahaman dan Kestabilan Politik ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan," katanya. – SUMBER BERITA HARIAN

Sila klik link tersebut untuk koleksi gambar  https://www.parlimen.gov.my/galeri-details.html?id=1380&time=2

 


Kemaskini terakhir pada: 13 Januari 2022 | Hits: 2242

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 27/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my