TUAN BUDIMAN, DATIN MASTURA ANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI DEWAN RAKYAT
control 1control 2control 3
PARLIMEN MALAYSIA, 17 Oktober – YB Tuan Budiman Mohd Zohdi dan YB Datin Mastura Mohd Yazid masing-masing mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang baharu pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-13 yang bermula hari ini, di sini. 

Upacara itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia dan Ahli Parlimen yang lain sebaik persidangan Dewan Rakyat bermula.
 

Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Tuan Budiman Mohd Zohdi, 44, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-13 di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia.

Tuan Budiman, 44, menang dengan majoriti 9,191 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada 18 Jun lepas, mengatasi majoriti 399 undi yang diperoleh bekas penyandang dari Barisan Nasional (BN) Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Sains (Komunikasi) di Universiti Putra Malaysia (UPM) juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang.

Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu juga pernah dipilih sebagai pendebat terbaik Universiti ASEAN pada 1996 dan pendebat terbaik Universiti-universiti Malaysia pada 1997.

 

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid, 55, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat pada Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-13 di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia.

Sementara Datin Mastura, 55, berjaya mengekalkan kerusi kawasan Parlimen Kuala Kangsar yang disandang suaminya, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dengan majoriti 6,969 undi pada PRK Kuala Kangsar, juga pada 18 Jun lepas.

Beliau merupakan seorang graduan undang-undang universiti terkemuka perundangan dunia Lincoln's Inn di United Kingdom dan bertugas sebagai seorang peguam selama enam tahun.

Ibu kepada empat anak itu juga merupakan seorang yang bergiat dalam dunia politik dan menjadi Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Chembong, Negeri Sembilan sebelum mengambil keputusan untuk berehat dan menumpukan kepada keluarganya serta arwah suaminya.

Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian Tan Sri Noriah dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Kemaskini terakhir pada: 17 Oktober 2016 | Hits: 25717

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.199 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my