SPRM Perlu Prosedur Yang Jelas Tentang Pengendalian Barangan Kes
control 1control 2control 3
 
PARLIMEN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN MEDIA
OLEH
PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA

 

SPRM PERLU PROSEDUR YANG JELAS TENTANG

PENGENDALIAN BARANGAN KES

 

 

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu mempunyai prosedur dan tatacara penyimpanan dan pengendalian barang kes agar lebih sistematik dan berpusat agar isu yang membabitkan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid yang membabitkan tuduhan pecah Amanah RM50.4 juta tidak berulang lagi. Demikian gesaan yang disuarakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah (TIA) Dewan Negara Bil. 2 Tahun 2022 hari ini. Gesaan itu dibuat bagi memastikan SPRM dapat meningkatkan kredibiliti sebagai sebuah agensi penguatkuasaan antirasuah yang lebih dihormati di negara ini.

 

Dalam mesyuarat tersebut, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki turut hadir dalam memberi penjelasan berkenaan dengan isu-isu rasuah dan antirasuah terkini yang dilaksanakan oleh SPRM. Semua ahli jawatankuasa berpuas hati dengan tugas-tugas pendakwaan dan penyiasatan yang telah dijalankan. Tan Sri Rais juga turut memberitahu, Dewan Negara dan Dewan Rakyat akan mewujudkan satu jawatankuasa bersama berkaitan antirasuah dan perkara ini telahpun dipersetujui Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun. Beliau berharap dengan penubuhan jawatankuasa bersama ini akan meningkatkan lagi sistem pemantauan terhadap agensi penguatkuasaan antirasuah di Malaysia.

 

Dalam mesyuarat itu juga jawatankuasa TIA turut membangkitkan pewujudan semula Mahkamah Khas Antirasuah bermula daripada peringkat Mahkamah Seksyen hingga ke peringkat Mahkamah Rayuan. Syor ini diputuskan bagi menyelesaikan isu peningkatan jumlah kes tertunggak dan cadangan itu mempercepatkan proses pendakwaan dan pembicaraan berkaitan rasuah mengikut takwim dan jadual yang ditetapkan. Turut ditimbulkan ialah berkenaan isu kekurangan pegawai di SPRM dan Jabatan Peguam Negara dalam menjalankan tugas penguatkuasaan dan pendakwaan. Jawatankuasa tersebut memutuskan akan mengundang Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Seri Mohd Shafiq Abdullah pada pertengahan Julai ini untuk berbincang dan memperhalusi perkara tersebut. Mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam itu turut mencadangkan agar SPRM diletakkan di bawah pengawasan Parlimen terutama dari aspek pembuatan dasar dan pemurnian nilai-nilai perkhidmatan antirasuah agar semua tindakan yang dijalankan oleh agensi tersebut sentiasa mengikut lunas undang-undang. Cadangan ini adalah salah satu daripada strategi Transformasi Parlimen yang telah diluluskan oleh kabinet bulan lepas.



14 Jun 2022
Parlimen Malaysia

 


Kemaskini terakhir pada: 5 September 2022 | Hits: 1818

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.033 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my