Siaran Media YB Dato' Ramli Bin Dato' Mohd Nor Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat I Ahli Parlimen Cameron Highlands
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN MEDIA

OLEH

TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT I

YB DATO' RAMLI BIN DATO' MOHD NOR TIMBALAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT I

AHLI PARLIMEN CAMERON HIGHLANDS

KONFLIK MANUSIA DAN SERANGAN GAJAH LIAR

 

KUALA LUMPUR, 16 FEBRUARI - YB Dato' Ramii bin Dato' Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat I telah mengadakan pertemuan bersama YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk membincangkan isu berkaitan serangan gajah di perkampungan Orang Asli diseluruh Malaysia terutamanya di kawasan Parlimen Cameron Highlands. Turut dibincangkan semasa sesi tersebut adalah berkaitan usaha dan cadangan penyelesaian bagi isu tersebut. Seperti umum mengetahui bahawa kejadian pertama serangan gajah telah berlaku di kawasan Parlimen Cameron Highlands pada 7 Disember 2022 dan telah meragut nyawa seorang wanita Orang Asli di Kampung Simoi Baru.

Kejadian kedua pula berlaku pada 9 Januari 2023 turut melibatkan seorang anak Orang Asli lelaki berusia 15 tahun maut akibat dipijak gajah liar di Kampung Tual, Pos Senderut. Pada 14 Februari 2023 yang lepas mendapati dua ekor gajah liar yang dipercayai terlibat dalam insiden tersebut telah ditangkap oleh pihak PERHILITAN di Kampung Simoi Lama, Pahang. Dua ekor gajah tersebut akan dibawa keluar dan dipindahkan ke Kuala Gandah bagi melindungi keselamatan penduduk kampung Orang Asli. Satu ketetapan telah dicapai oleh pihak NRECC bagi mengambil tindakan positif untuk menangani isu tersebut dan bantuan akan diberikan kepada keluarga mangsa yang terkesan dengan kehilangan nyawa serta kepada mangsa yang terjejas dari segi pendapatan ekonomi mereka.



SIARAN MEDIA YB DATO' RAMLI BIN DATO' MOHD NOR
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat I Parlimen Malaysia
16 Februari 2023


Kemaskini terakhir pada: 16 Februari 2023 | Hits: 1001

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my