Siaran Media Yang Di-Pertua Dewan Negara Menghadiri Persidangan Parlimen Komanwel Ke-67 Bermula 8 – 9 November 2024 Di Sydney, Australia
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA  

YANG DI-PERTUA DEWAN NEGARA MENGHADIRI PERSIDANGAN PARLIMEN KOMANWEL KE-67 BERMULA 8 – 9 NOVEMBER 2024 DI SYDNEY, AUSTRALIA

 

SYDNEY, 7 November 2024: Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, telah menghadiri Persidangan Parlimen Komanwel ke-67 (67th Commonwealth Parliamentary Conference) yang berlangsung di Sydney, Australia.   Persidangan yang bermula pada 3 hingga 8 November 2024 ini telah dirasmikan oleh Her Excellency the Honourable Margaret Beazley AC KC, Gabenor New South Wales, yang juga merupakan Naib Penaung Persatuan Parlimen Komanwel (Commonwealth Parliamentary Association, CPA).

Persidangan Parlimen Komanwel ke-67 ini merupakan platform yang penting bagi para pemimpin dan Ahli Parlimen negara anggota Komanwel untuk berkongsi amalan terbaik serta membincangkan isu-isu bersama dalam usaha memperkukuh nilai dan prinsip Komanwel.

Pada persidangan tersebut, delegasi Malaysia telah menghadiri beberapa mesyuarat antaranya berkaitan Commonwealth Women Parliamentarians (CWP), Commonwealth Parliamentarians with Disabilities (CPwD) yang melibatkan Ahli Parlimen mewakili golongan Orang  Kurang Upaya (OKU), Society of Clerks at the Table (SoCATT) yang melibatkan Setiausaha-setiausaha Dewan. Para delegasi juga turut menghadiri bengkel-bengkel berkaitan isu-isu terkini antaranya penglibatan wanita dalam politik, kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) dan amalan terbaik dalam mengukuhkan institusi parlimen.

Pada hari ini delegasi Parlimen Malaysia dijadualkan menyertai Perhimpunan Agong Persatuan Parlimen Komanwel (Commonwealth Parliamentary Association General Assembly) di mana para perwakilan akan membincangkan perkara-perkara berkaitan tadbir urus, pindaan perlembagaan, keahlian persatuan serta penyata kewangan persatuan. Pada majlis yang sama sesi perbahasan turut akan diadakan berkisarkan kepada tajuk “Votes vs Likes – The Role of Parliament in Strengthening Democratic Resilience in an Age of Fake News and Synthetic Media”.

Delegasi Parlimen Malaysia diketuai oleh Yang di-Pertua Dewan Negara, YB Senator Dato Awang Bemee bin Awang Ali Basah, Ahli Yang Berhormat Dewan Negara dan Dewan Rakyat, Speaker-speaker Dewan Undangan Negeri,  Setiausaha Dewan Negara serta Setiausaha-setiausaha Dewan Undangan Negeri. Turut hadir bersama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Puan Yang Terutama Sharrina binti Abdullah. Penyertaan delegasi Malaysia dalam persidangan berprestij ini mencerminkan komitmen negara untuk terus memperkukuhkan hubungan diplomatik serta menyokong nilai-nilai Komanwel seperti demokrasi, hak asasi manusia dan tadbir urus yang baik.

Maklumat lanjut sila layari laman sesawang berikut  https://www.cpahq.org/67-cpc/

 

7 NOVEMBER 2024
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 7 November 2024 | Hits: 4557

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 11/06/2026.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2026 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.031 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my