Siaran Media Sambutan Hari Komanwel 2023
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

SIARAN MEDIA

OLEH

PARLIMEN MALAYSIA

    SAMBUTAN HARI KOMANWEL 2023

KUALA LUMPUR, 21 Mac - Sambutan Hari Komanwel 2023 anjuran Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA Malaysia) dan Parlimen Malaysia telah berlangsung di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia hari ini. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Alice Lau Kiong Yieng, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat II dengan persembahan wayang kulit sebagai gimik perasmian. Selain ucapan pembukaan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong selaku Setiausaha Kehormat Commonwealth Parliamentary Association (CPA) Malaysia.

 

Bertemakan "Forging a Sustainable and Peaceful Common Future" yang menekankan keperluan mendesak untuk kerjasama antarabangsa dan pertumbuhan mampan bagi menangani cabaran pasca pandemik. Sambutan ini yang diraikan setiap hari Isnin minggu kedua bulan Mac pada setiap tahun turut dihadiri oleh Ahli-ahli Parlimen dan Pesuruhjaya Tinggi Negara-Negara Komanwel serta warga Parlimen Malaysia. Pada tahun 2023 juga merupakan Tahun Keamanan Komanwel dan Tahun Belia Komanwel yang turut diraikan bagi memperingati ulang tahun ke-10 penandatanganan Piagam Komanwel.

 

CPA Malaysia telah bekerjasama dengan United Nations Children's Fund Malaysia atau lebih dikenali sebagai UNICEF Malaysia dalam penganjuran Program Sembang Santai Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Dato’ Johari Abdul sebagai salah satu pengisian sempena Sambutan Hari Komanwel tahun ini. Program tersebut yang mengangkat tema Belia MADANI: Maju, Terampil dan Terangkum telah diadakan pada Khamis, 16 Mac 2023 yang lalu dengan penyertaan seramai 21 peserta UNICEF’s Young Leader Programme.

 

Negara-negara Komanwel atau Komanwel ditubuhkan pada tahun 1949 dan Persekutuan Tanah Melayu menjadi negara anggota pada tahun 1957 yang kemudiannya dinamakan Malaysia pada 16 September 1963. Selain itu, CPA juga merupakan sebuah persatuan yang menghubungkan ahli-ahli Parlimen negara Komanwel yang mempunyai latar belakang merentasi kaum, pengalaman politik, jantina dan kumpulan khusus seperti berkelainan upaya (people with disability). CPA Malaysia sering terlibat secara aktif di persada antarabangsa dan secara tidak langsung imej Malaysia dapat dipertingkatkan di mata dunia sebagai sebuah negara anggota Komanwel yang inklusif dan prihatin.


 

Parlimen Malaysia

21 Mac 2023


Kemaskini terakhir pada: 21 Mac 2023 | Hits: 1011

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 29/03/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.145 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my