Siaran Media Program Lawatan Kerja Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Ke Dewan Undangan Negeri (Dun) Zon Timur
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA  

PROGRAM LAWATAN KERJA

YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT KE DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) ZON TIMUR
 

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2024: Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan meneruskan lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri (DUN) zon timur iaitu negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang bermula pada 11 hingga 13 Ogos 2024. Terdahulu, beliau telah mengadakan lawatan kerja ini ke Dewan Undangan Negeri (DUN) di zon selatan pada 23 hingga 25 Julai 2024 dan diikuti pula dengan zon utara pada 5 hingga 8 Ogos 2024.

Sepanjang lawatan kerja Yang di-Pertua Dewan Rakyat ini, antara tunjang perbincangan beliau bersama Speaker-speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk isu memperkasakan institusi legislatif melalui semakan semula undang-undang lama, merakyatkan institusi legislatif, pengasingan kuasa antara badan eksekutif dan badan legislatif serta inisiatif melahirkan kepimpinan generasi baharu yang cakna akan ilmu ketatanegaraan dan pentadbiran negara.

Lawatan kerja ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia ini akan dimulakan dengan kunjungan hormat ke atas YB Dato' Sri Amar D'Raja Dato' Haji Mohd Amar bin Haji Abdullah, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 11 Ogos 2024. Seterusnya, Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan mengadakan lawatan kerja ke Dewan Undangan Negeri Terengganu (12 Ogos 2024), Dewan Negeri Pahang (13 Ogos 2024) dan Dewan Negeri Selangor (15 Ogos 2024).
 

 

 

10 OGOS 2024
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 10 Ogos 2024 | Hits: 5030

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 25/05/2026.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2026 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.037 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my