Siaran Media Penipuan Menggunakan Nama YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari Bin Abdul, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA 

PENIPUAN MENGGUNAKAN NAMA YB TAN SRI DATO’ (DR.) JOHARI BIN ABDUL, YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT

 

KUALA LUMPUR, 27 MAC – Yang di-Pertua Dewan Rakyat, YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul ingin memberi peringatan keras kepada orang ramai mengenai satu penipuan yang sedang berlaku di mana individu tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan nombor telefon bimbit beliau untuk memperdayakan mangsa-mangsa di seluruh Malaysia.


Penipu ini telah menghantar mesej kepada ramai individu, mendakwa bahawa Tan Sri Johari memohon untuk meminjam wang. Ingin ditegaskan bahawa ini adalah satu penipuan dan Tan Sri Johari bin Abdul sama sekali tidak terlibat dalam sebarang permintaan sedemikian.

Kepada sesiapa yang telah membuat pemindahan wang ke nombor akaun yang diberikan oleh penipu tersebut, anda diminta untuk segera membuat laporan polis. Sila hantar salinan laporan polis dan resit transaksi ke:


Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Parlimen Malaysia

Jalan Parlimen

50680 Kuala Lumpur
 

Kami menggesa orang ramai untuk berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan mesej yang mencurigakan. Sekiranya anda menerima mesej seumpama ini, sila abaikan dan laporkan kepada pihak berkuasa dengan segera.

 

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi
Puan Shaira Amira binti Jamal Abdul Nasir di 03-2601 7462.
Setiausaha Akhbar kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat

PEJABAT YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT


Kemaskini terakhir pada: 28 Mac 2025 | Hits: 4821

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 11/06/2026.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2026 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.034 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my