SIARAN MEDIA LAWATAN RASMI PYT DR. SHIRIN SHARMIN CHAUDHURY HONOURABLE SPEAKER OF THE BANGLADESH PARLIAMENT KE PARLIMEN MALAYSIA
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 

 

     SIARAN MEDIA  

LAWATAN RASMI PYT DR. SHIRIN SHARMIN CHAUDHURY HONOURABLE SPEAKER OF THE BANGLADESH PARLIAMENT KE PARLIMEN MALAYSIA

 

KUALA LUMPUR, 5 Julai 2024: Puan Yang Terutama (PYT) Dr. Shirin Sharmin Chaudhury, Honourable Speaker of the Bangladesh Parliament mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula hingga 4 hingga 7 Julai 2024. Lawatan kerja ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan baik dan kerjasama dalam pelbagai bidang di antara Malaysia dan Bangladesh.

 

Sebagai sebahagian daripada kerangka lawatan rasmi beliau, PYT Dr. Shirin Sharmin Chaudhury telah mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya YB Tan Sri Dato’ (Dr) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Pertemuan tersebut turut disertai oleh barisan pegawai kanan Parlimen Malaysia, yang membincangkan beberapa perkara dan isu yang menjadi perhatian kedua belah pihak seperti kemasukan tenaga kerja asing ke Malaysia, pembangunan teknologi digital, kepentingan kerjasama antara kedua-dua buah negara menerusi platform seperti ASEAN serta krisis pelarian etnik Rohingya.

 

PYT Dr. Shirin Sharmin Chadhury juga telah menyentuh mengenai kepentingan Kumpulan Persahabatan Parlimen yang boleh membincangkan dengan lebih terperinci perkara dan isu yang telah dibangkitkan. Beliau dan delegasi turut diberikan taklimat mengenai pelaksanaan sistem e-Parlimen selain dibawa melawat ke Dewan Rakyat dan sekitar perkarangan Parlimen Malaysia.

 

Hasil lawatan rasmi ini akan mengukuhkan lagi jalinan hubungan kerjasama khususnya dari cabang Legislatif antara kedua-dua negara.

 

 

Pautan gambar seperti berikut: link foto : https://storage.parlimen.gov.my/sharing/aRLe7mXbw

 

5 JULAI 2024
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT PARLIMEN MALAYSIA


Kemaskini terakhir pada: 1 Ogos 2024 | Hits: 4286

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 11/06/2026.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2026 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my