Siaran Media Lawatan Kerja Ke Pelaksanaan Projek Kampung Angkat Dan Sekolah Angkat Madani Di Kampung Seri Kaya, Bota, Perak
control 1control 2control 3
       
     PARLIMEN MALAYSIA
      KUALA LUMPUR
 



   SIARAN MEDIA
  

LAWATAN KERJA KE PELAKSANAAN PROJEK KAMPUNG ANGKAT DAN SEKOLAH ANGKAT MADANI DI KAMPUNG SERI KAYA, BOTA KIRI, PERAK

 

BOTA KIRI, 8 SEPTEMBER 2025 – YBhg. Dato’ Ahmad Husaini bin Abdul Rahman, Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke sini untuk melihat sendiri status pelaksanaan projek yang melibatkan program Kampung Angkat MADANI dan juga Sekolah Angkat MADANI yang telah bermula pada Jun yang lalu.

 

Parlimen Malaysia melalui inisiatif ini telah mengangkat Kampung Seri Kaya, Bota Kiri, Perak secara rasminya sebagai Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Kebangsaan Seri Kaya sebagai Sekolah Angkat MADANI. Perkara ini selaras dengan anjakan Reformasi Perkhidmatan Awam, agar semua agensi Kerajaan memberi komitmen penuh dalam memastikan perkhidmatan kepada rakyat disampaikan dengan pantas dan berkesan dengan pendekatan Whole of Government.

 

Parlimen Malaysia dengan kerjasama strategik antara Jabatan Kerja Raya Negeri Perak, Jabatan Pendidikan Negeri Perak serta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Daerah Seri Iskandar (MAIPk) telah mengenalpasti keperluan penduduk setempat. Sehubungan itu, beberapa projek menaik taraf fasiliti utama di Masjid Ar- Rahmah telah dilaksanakan antaranya pembinaan dewan terbuka masjid, kerja mengecat bumbung masjid, pembaikan siling, pembinaan ram untuk golongan kurang upaya (OKU), pembaikan pendawaian elektrik, menaik taraf longkang masjid dan lampu solar di kawasan perkuburan Islam.

 

Manakala bagi Sekolah Kebangsaan Seri Kaya, kerja-kerja menaik taraf dataran perhimpunan sekolah, ruang kantin berbumbung dan pemasangan alat pendingin hawa di dewan dan pusat sumber giat dilaksanakan. Pelaksanan ini penting bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih baik dan selesa kepada murid dan juga guru.

 

Parlimen Malaysia berharap projek menaik taraf Masjid Ar-Rahmah dan Sekolah Kebangsaan Seri Kaya ini dapat dimanfaatkan dan dinikmati sepenuhnya oleh semua penduduk Kampung Seri Kaya dan juga murid Sekolah Kebangsaan Seri Kaya. Pada majlis yang sama Parlimen Malaysia juga telah menghulurkan bantuan kepada 21 orang pelajar asnaf di sekolah tersebut bagi menampung perbelanjaan sekolah mereka.

 

 

 

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT
PARLIMEN MALAYSIA

 

 

 

 


 


Kemaskini terakhir pada: 10 September 2025 | Hits: 3598

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 11/06/2026.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2026 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.030 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my