RAIS ANTARA LIMA ANGKAT SUMPAH SEBAGAI SENATOR HARI INI
control 1control 2control 3

 

KUALA LUMPUR, 16 Jun -- Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim antara lima individu yang mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara hari ini.

Kesemua mereka merupakan lantikan baharu yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Upacara angkat sumpah  itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri SA Vigneswaran.

Selain Rais yang merupakan bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan dan bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, turut mengangkat sumpah hari ini ialah bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang juga ahli Bersatu.

Tiga lagi ialah Naib Presiden PAS Idris Ahmad; Ketua Dewan Penyokong PAS N Balasubramaniam; dan bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhammad Zahid Md Arip.

Dewan Negara mempunyai 70 senator dengan 26 dilantik oleh 13 negeri manakala 44 lagi dilantik Yang di-Pertuan Agong termasuk dua bagi Wilayah Perkutuan Kuala Lumpur dan satu untuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Tempoh jawatan adalah tiga tahun atau sepenggal dan seseorang senator hanya boleh dilantik semula sekali sahaja untuk dua penggal berturut.

Sementara itu ketika bertemu media, Rais berkata antara misinya ialah menjadikan Dewan Negara yang merupakan badan legislatif tertinggi negara, satu contoh yang baik kepada rakyat.

“Alangkah baiknya kami merasakan ditukar imej itu (Dewan Negara) kepada satu musyawarah menggunakan intelek tinggi … membina negara bukan melalui bahasa kasar tetapi sahsiah yang boleh membentuk generasi masa datang

“Kami tidak ada nak berdolak-dalik, semua senat dan anggota senat harus membentuk tekad mengukuhkan kerajaan dan memberi peluang kepada rakyat melihat bahawa senat itu lebih tingginya (kedudukan) dari Dewan Rakyat dalam banyak hal,” katanya. 

Sementara itu Idris mahu agenda rakyat diberi keutamaan selepas ini dan permainan politik dikurangkan

“Kita sedar rakyat nak kepada makan minum mereka, penyelesaian hidup keamanan mereka, jadi kita tak nak orang nampak, orang politik ini asyik nak berpolitik, sedangkan mereka kais pagi makan pagi,” katanya. -- BERNAMA


Kemaskini Terakhir pada: 16 Jun 2020 | Hits: 340

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Kemaskini Terakhir pada: 02/07/2020.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2020 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.035 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my