PROSIDING DAN LAWATAN KERJA JKPK KESEJAHTERAAN RAKYAT (KSj) KE MELAKA
control 1control 2control 3


PARLIMEN MALAYSIA | LaCrista, Melaka | 3-4 October 2022

Liputan Bergambar Sesi Prosidang dan Lawatan Kerja JKPK Kesejahteraan Rakyat (KSJ) ke Melaka. 

1. 3 October 2022 (Isnin), Mesyuarat Housekeeping Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat (JKPK KSJ) Bil. 5 Tahun 2022 bertempat di Straits, Hotel LaCrista, Melaka. 
Ahli Dewan Negara Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat (Ksj) yang hadir ialah Pegerusi YB Senator Dato' Sri Dr. Haji Mohamad Ali bin Haji Mohamad, Timbalan Pengerusi YB Senator Datuk Ras Adiba binti Mohd Radzi. Seterusnya Ahli Jawatankuasa YB Senator Datuk Paul Igai, YB Senator Tuan Seruandi bin Saad dan YB Senator Tuan Muhammad Zahid bin Md Arip.

Prosidang Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat (JKPK KSJ) Sesi 1. Prosidang ini membincangkan isu-isu Penipuan Talian (Scam) yang Melibatkan :

   i. Gabungan Persatuan-Persataun Pengguna Malaysia (FOMCA)
  ii. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
 iii. Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM)
 iv. Persataun Pengguna Negeri Melaka

Prosidang Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat (JKPK KSJ) Sesi 1. Prosidang ini membincangkan isu-isu Penipuan Talian (Scam) yang Melibatkan Bank Negara Malaysia

2. Setelah selesai Prosidang Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat (JKPK KSJ), Ahli JKPK dan Semua Kakitangan menaiki Menara Taming sari bagi menikmati pemandangan Bandar Melaka. Pada waktu malam Ahli JKPK dan semua Kakitangan tiba di rumah  YB Senator Dato' Sri Dr. Haji Mohamad Ali bin Haji Mohamad atas jemputan beliau bagi makan malam sesudah selesai makan malam Ahli JKPK dan semua Kakitangan tiba di Melaka River cruise bagi menaiki bot selama kira-kira 40-45 minit dan nikmati pemandangan indah bandar bersejarah dan kampung tradisional di sepanjang Sungai Melaka.

3. 4 Oktober 2022 (Selasa), Kujungan Hormat dan Lawatan Kerja JKPK Ksj. Ahli JKPK Ksj mengadakan Kunjungan hormat ke atas Speaker Dewan Undungan Negeri Melaka, YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum.

Seterusnya, Ahli Jawatankuasa KSJ mengadakan lawatan kerja ke Melaka Digital Commad Centre (MD2C) yang bertempat di Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Kemaskini terakhir pada: 7 Oktober 2022 | Hits: 1900

SPR Malaysia
HRMIS
MyGov
JPM
IIM
JAN
JAN
DBP
E-Vetting
myGov Mobile
eprolehan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Government Procurement Information System
Government Procurement Information System
Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa
Kemaskini Terakhir: 19/04/2024.
Paparan menarik, 1024 x 768 dengan Mozilla Firefox 3+, Google Chrome 5+ and Internet Explorer 8+.
2024 © Hakcipta Terpelihara Parlimen Malaysia
Halaman dijana dalam 0.032 saat v5
WEB MOBILE
www.parlimen.gov.my